logoperaknews

pnewsmerdeka

Klopp Bakal Ganti David Moyes di Manchester United

Jurgen-Klopp

Pengurus Borussia Dortmund, Jurgen Klopp menjadi pilihan utama penyokong Manchester United untuk mengambil alih tempat David Moyes menerusi undian yang dilakukan oleh protal berita Metro.co.uk.

Dalam undian itu Klopp mengatasi lima jurulatih lain termasuk Alex Ferguson, Louis Van Gaal, Carlos Queiroz dan Ryan Giggs.

Harapan penyokong disandarkan kepada Klopp selepas jurulatih itu berjaya membawa Borussia Dortmund mencapai keputusan memberangsangkan dalam tempoh 12 bulan termasuk menyaingi kehebatan Bayern Munich.

Dalam undian itu, Klopp mendapat 55.64 peratus manakala Van Gaal (14.43), Giggs (14.18), Ferguson 11.74 dan yang terakhir adalah Queiroz yang pernah menjadi pembantu jurulatih di United.

Keputusan untuk membawa Ferguson kembali sebagai jurulatih merupakan proses jangka masa pendek bagi memperkemaskan pasukan.

Bagaimanapun, laporan portal berita dan akhbar sukan utama di England menjangkakan bahawa Van Gaal dan Klopp antara jurulatih yang akan menggantikan Moyes.

Khabar angin mengenai pemecatan Moyes juga semakin kuat diperkatakan selepas United tewas kepada Everton 0-2 hujung minggu lalu.

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription