peraknews logo
Saturday, 25 May 2013   15. Rejab 1434

ariff-latifKesabaran pemain perseorangan lelaki negara Mohamad Arif Abdul Latif diuji lagi apabila beliau tidak tersenarai dalam Kejohanan Terbuka India dari 24 hingga 29 April ini di New Delhi.

Namun, pemain muda itu tidak mudah melatah dan menerima alasan badan induk badminton, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang turut terlupa menghantar namanya untuk Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang sedang berlangsung sehingga 22 April di China.

"Saya akui baru-baru ini memang saya kurang konsisten. Latihan okay tetapi permainan kurang konsisten. Mungkin sebelum ini saya banyak masalah termasuk masalah baru dengan BAM yang tidak senaraikan saya di Terbuka India dan BAC sebab terlupa hantar nama.

"Saya berbincang dengan jurulatih tentang hal ini dan beliau berikan saya nasihat agar lebih matang dan bertanggungjawab untuk masa depan," katanya.

Namun, katanya beliau berterima kasih kepada BAM kerana diberi peluang untuk menyertai kejohanan Terbuka Kanada dan Terbuka Amerika Syarikat pada Julai nanti.

Add your comment

Your name:
Your email:
Comment:
  The word for verification. Lowercase letters only with no spaces.
Word verification: