logoperaknews

KEPUTERAAN PERAKNEWS

Keluarga mangsa MH17 Dapat Sumbangan Kerajaan Negeri

Kerajaan negeri Perak menyumbang RM7,000 kepada ketua pramugari, Allahyarhamah Azrina Yaakob yang terkoban dalam insiden pesawat MH17 MAS ditembak jatuh di Timur Ukraine Julai lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid telah menyampaikan sumbangan itu kepada suami Allahyarhamah Azrina Yaakob, Encik Mohd Rafliz Mohd Tahir di pejabat Menteri Besar Perak, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Rabu.

Mohd Rafliz mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Perak atas sumbangan itu kepada arwah isterinya Allahyarhamah Azrina.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana telah bersunguh-sungguh membawa pulang jenazah isteri saya untuk dikebumikan di negeri ini. Sumbangan ini akan saya gunakan untuk tujuan yang bermanfaat,'' katanya yang bertugas sebagai seorang pegawai bank di Ipoh.

Allahyarhamah Azrina merupakan antara 298 penumpang pesawat MH17 MAS yang terkorban dalam insiden pesawat berkenaan terhempas di Timur Ukraine Julai lalu.

Search

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription