logoperaknews

banner-hitam

Persatuan Wushu Negeri Perak sebulat suara memilih Datuk Dr Mah Hang Soon sebagai pengerusi baharu bagi meneruskan misi kejayaan sukan tersebut di negeri ini.

Dr Mah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu kini bertanggungjawab untuk mengembalikan semula kegemilangan sukan itu.

Dr Mah berkata, beliau menerima jawatan itu kerana merasakan inilah peluang untuk mewarnakan semula kejayaan wushu di Perak

"Kita berada dalam situasi yang agak lemah untuk wushu, saya mahu semua ahli bekerjasama merebut balik kejayaan yang pernah dicipta seperti dahulu," katanya kepada Peraknews selepas majlis perasmian Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Wushu dan Tarian Naga Singa Peringkat Negeri Perak di Restoran Sun Lee How Fook, Jalan Kampar pada Ahad.

Menurutnya lagi, kesudian bekas jurulatih wushu negara yang juga anak jati Perak, Yoong Thong Foong, untuk kembali menabur bakti sebagai jurulatih adalah satu petunjuk positif.

"Kita punya ramai ahli yang ada pengalaman dan sudi beri perkhidmatan, saya juga yakin dengan jurulatih baharu ini mampu tempa lebih banyak kejayaan," ujarnya.

Terdapat 23 orang AJK Persatuan Wushu Negeri Perak dan Dr Mah dipilih bagi menggantikan pengerusi terdahulu, Datuk Martin Lim.

Search

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription