logoperaknews

KEPUTERAAN PERAKNEWS

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan N. Sembilan Dibatalkan

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Sembilan yang dijadualkan pada 1 Syawal di perkarangan Dewan Undangan Negeri di sini dibatalkan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan pada Jumaat berkata pembatalan itu dibuat bagi menghormati mereka yang terkorban dalam nahas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 yang terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

Penerbangan MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dipercayai ditembak jatuh di wilayah Donetsk.

Ia mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 43 warga Malaysia.

Mohamad berkata bagaimanapun, rumah terbuka beliau sempena Aidilfitri di Kampung Tanjung, Rantau, dekat sini pada 2 Ogos akan diadakan mengikut jadual.

Rumah terbuka itu akan berlangsung dari 10 pagi hingga 5 petang.

Search

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription