logoperaknews

banner-pertabalan-small

Lima pelajar yang sesat di kawasan Hutan Simpan Bukit Larut, Taiping selama hampir enam jam sejak pukul 5.45 petang berjaya dikeluarkan oleh anggota pasukan keselamatan lewat malam Jumaat.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping, Penguasa Ismail Che Isa, seorang daripada mereka, Muhammad Iqbal Razali yang terseliuh dikaki kanan telah dihantar dengan ambulan untuk menerima rawatan lanjut di Hospital Taiping.

Katanya, empat lagi yang dikenali Mohd Shazwan Kamaruddin, Nazrin Hanafi Mohd Rozi, Mohamad Fazlil Hafiq dan Muhammad Khairul Faiz kesemuanya dari Simpang Empat Gunung Semanggol telah dibenarkan pulang.

"Polis yang menerima maklumat pada jam 5.45 petang telah memulakan gerakan mencari dan menyelamat membabitkan 40 anggota penyelamat daripada PDRM, Jabatan Bomba, JPAM, dan kakitangan Bukit Larut sebelum berjaya mengesan kesemua mangsa pada jam 7.45 malam," katanya ketika ditemui di tempat kejadian awal pagi Sabtu.

Beliau menambah, anggota penyelamat berjaya mengeluarkan lima pelajar itu, yang berumur antara 16 dan 20 tahun, pada jam 11.00 malam setelah menghadapi beberapa rintangan seperti turun naik cerun yang tinggi dalam keadaan cuaca gelap.

"Sebaik dibawa keluar dengan bantuan jip dan tiba di pos kawalan Bukit Larut mereka yang dalam keadaan keletihan telah beri minuman dan diperiksa tahap kesihatan sebelum diambil kenyataan berhubung kejadian itu," ujarnya.

Sementara itu ketua kumpulan pelajar itu, Nazeri Hanafi menceritakan mereka terpaksa menjerit sekuat hati setelah menyedari tersesat semasa menuruni cerun tinggi sebagai jalan pintas untuk turun ke bawah Bukit Larut dan akhirnya jeritan mereka didengari oleh anggota penyelamat sebelum dibawa keluarkan ke pos kawalan Bukit Larut.

"Pada jam 10 pagi tadi kami berada dipuncak Bukit Larut dan pada jam 2 petang kami membuat keputusan untuk mengambil laluan pintas dengan menuruni cerun tinggi.

"Kami masuk satu simpang untuk ambil jalan pintas dan semasa turun kami tersesat jalan dan apabila naik balik kami tidak jumpa jalan," ceritanya.

Katanya, apabila hari semakin lewat, beliau mengambil keputusan menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan .

"Dalam masa menunggu bantuan pasukan keselamatan, kami menjerit-jerit dan suara kami didengari oleh anggota Bomba sebelum kami dibawa keluar dari kawasan hutan itu," katanya.

Menurut Nazeri, ini merupakan pengalaman pertama beliau bersama sahabatnya sesat di Bukit Larut namun itu semua tidak mematikan semangatnya untuk mendaki semula Bukit Larut.

"Kali ini kami akan lebih berhati-hati dengan mematuhi setiap arahan yang ditetapkan oleh pihak Bukit Larut," tambahnya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Taiping, Hasnal Rashid yang mengetuai operasi menyelamat itu menceritakan, beliau bersama 15 anggota bomba menemui kelima mangsa itu dalam keadaan lemah selepas mengharungi tiga bukit berpandukan lampu suluh.

"Jarak kami jumpa kelima pemuda itu daripada tempat mula operas sejauh 6 km yang mana kita terpaksa tempoh beberapa bukit curam untuk membawa mereka keluar," katanya.

Menurutnya, anggota bomba terpaksa menggunakan suar untuk mengesan jalan keluar kerana keadaan dikawasan hutan amat gelap dan teramat sukar untuk dilalui.

Search

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription

SUARA KAMI


article thumbnailPada pandangan saya, keseluruhan spekulasi pembelian tanah Tun Razak Exhange (TRX) oleh Tabung Haji adalah salah satu lencongan politik agar kita beralih perhatian daripada perkara yang sepatutnya di sekitar negara. Setahu saya, simpanan pencarum...

article thumbnailSaya sangat teruja mengenai pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kerana ianya mencatatkan sejarah bagi Kesultanan Melayu Perak yang sememangnya kaya dengan limpahan adat dan salasilah. Selain itu, Sultan Nazrin bagi pandangan peribadi saya...

article thumbnail  Venkates Rao, 28 - Doktor Sepatutnya ada satu pelan persediaan khusus yang dirancang sebelum mencadangkan perkara sebegini. Memang ada kajian bebas yang dijalankan dan rata-rata mereka tidak bersetuju dengan penguatkuasaan caruman keluar KWSP pada umur...
KoleksiSUARA KAMI