logoperaknews

banner-hitam

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira lebih 1,000 jemaah di Masjid Sultan Azlan Shah, Jalan Raja Musa Mahadi, Ipoh, pertama kali selepas baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Perak XXXV.

Baginda menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan yang mengambil sempena nama ayahanda baginda, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.

Ketibaan baginda pada kira-kira jam 1.00 tengahari disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Turut sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak, Datuk Mohd Yusop Husin.

Solat Jumaat itu telah diimamkan oleh Imam Besar Masjid Sultan Azlan Shah, Hafiz Sulaiman.

Sebaik selesai solat Jumaat, Sultan Nazrin Shah telah bersalaman dengan para jemaah sebelum berangkat pulang.

Search

SUARA KAMI


article thumbnailSharudin Said YDP Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia Negeri Perak Langkah mengadakan bengkel 'brainstorming' amat sesuai untuk membincangkan bersama pembentukan pelan strategik bagi memperkasakan lagi pertubuhan bukan kerajaan di...

article thumbnail  Alexandra Chooi Penolong Setiausaha Kehormat Ipoh City Watch Sekarang ini, setiap NGO melaksanakan peranan masing-masing berasaskan kepada hala tuju sendiri. Dengan adanya Pelan Tindakan Strategik NGO 2015 – 2020, dapat menetapkan hala tuju untuk...

article thumbnailAbdullah Sani Saari AJK Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Perak Usaha kerajaan negeri untuk mewujudkan Pelan Tindakan Strategik NGO Negeri Perak 2015 – 2020 sangat baik kerana ia memberi panduan jelas kepada NGO untuk merangka program yang...
KoleksiSUARA KAMI