logoperaknews

banner-hitam

10712681 10204559009029787 3976730877522693949 o

Seramai 100 anggota dari Pasukan Gerakan Am (PGA) ang berpangkalan di Pusat Latihan PGA Ulu Kinta turun padang dan membersihkan rumah mangsa banjir di sekitar Kampung Selat Pulau pada Selasa.

Komanden Pusat Latihan PGA Ulu Kinta, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin berkata, program gotong-royong yang bermula seawal pukul 9 pagi itu merupakan sebahagian daripada aktiviti `community policing’ yang diharap dapat meringankan beban penduduk di sekitar kampung tersebut.

"Di samping diamanahkan dengan tugas hakiki dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, kami juga sentiasa bersedia membantu masyarakat setempat untuk bersama-sama melaksanakan tanggungjawab sosial seperti pembersihan rumah mangsa banjir ini," katanya ketika ditemui PerakNews.

Menurut beliau, aktiviti tersebut yang dijalankan bersama-sama Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) merupakan salah satu daripada tanda keprihatinan pihaknya dalam memberikann bantuan kerja amal kepada golongan yang memerlukan khususnya di dalam musibah ini.

"Kita juga ada mengutip derma daripada setiap anggota PGA dan sumbangan tersebut telah diberikan kepada surau dan masjid di kawasan yang kami lawati untuk memperbaiki sebarang kerosakan yang berlaku," katanya lagi.

Sementara itu tinjauan PerakNews di sekitar kampung tersebut mendapati, penduduk yang terjejas banjir turut giat membersihkan rumah mereka selepas banjir mula surut dan mengasingkan barangan yang masih boleh dipakai.

Search

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription

SUARA KAMI


article thumbnailTan Che Siang, 67 Restoran yang mengamalkan konsep terbuka sudah tentu akan menjadi tempat kepada perkongsian budaya di mana pelanggan yang datang boleh makan dan berbual apa sahaja bersama-sama kaum lain, tanpa mengira fahaman politik atau agama....

article thumbnailMohd Imran Abd Hadi, 26, Pelajar Bagi saya, makanan merupakan antara agen yang berkesan untuk menyatukan rakyat, jadi dengan adanya restoran yang menawarkan kepelbagaian makanan itu, secara tidak langsung ia turut membantu menyatukan rakyat. Ia...

article thumbnailS. Viknesh, 43, Pekerja Swasta Bagi saya, restoran yang terbuka kepada pelbagai kaum perlu diperbanyakkan dan dipraktikkan di negara ini kerana ketika ini hanya kedai mamak sahaja yang terbuka kepada pelbagai kaum. Konsep restoran sebegini bukan...
KoleksiSUARA KAMI