logoperaknews

banner-hitam

Usaha Dr Zambry Tangani Kemiskinan Diiktiraf Dunia Kewangan Islam

Usaha Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menangani masalah kemiskinan di Perak mendapat pengiktirafan dunia kewangan Islam apabila dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Kewangan Islam Global 2014 (GIFA) yang berlangsung di Dubai, pada Isnin malam.

Menurut kenyataan pejabat Menteri Besar Perak yang dikeluarkan pada Selasa, Zambry diiktiraf sebagai pemimpin contoh atas sumbangan beliau menangani isu kemiskinan dengan mengilhamkan penubuhan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).

Panel pemilihan GIFA yang diketuai Pengerusi GIFA Prof Humayon Dar memilih Zambry berdasarkan pembentangan kertas kerjanya yang bertajuk 'Membina Keupayaan Rakyat Miskin di Negeri Perak: Cara YBU' semasa Simposium Ekonomi Global 2014 (GES) di Kuala Lumpur, September lepas.

Anugerah tersebut turut diberikan atas komitmen dan kejayaan negeri Perak dalam menjalankan tanggungjawab sosial Islam (ISR) di negeri itu.

Beliau menerima anugerah tersebut daripada Gabenor Bank Negara Kazakhtan, Kairat Kelimbetov dalam majlis makan malam gala.

Dalam ucapannya, Zambry berkata anugerah tersebut merupakan pengiktirafan peringkat antarabangsa atas usaha keras kerajaan negeri menangani isu kemiskinan di Perak.

"Meskipun usaha kita selama ini telah diiktiraf di peringkat global melalui penganugerahan GIFA ini, namun ia tidak bermakna kita harus bersenang-lenang," katanya.

Anugerah tersebut perlu dijadikan pembakar semangat untuk menggandakan usaha mencapai matlamat memastikan tiada lagi rakyat yang tertinggal, tiada lagi rakyat Perak yang terpinggir, katanya.

YBUDR yang didaftarkan pada 2009, merupakan ilham Zambry dalam usaha beliau menangani masalah kemiskinan dan isu berkaitan sosioekonomi penduduk Perak melalui pelbagai program seperti Skim Kredit Mikro, sistem pajak gadai Islam Ar-Rahnu dan pemberian kotak makanan.

Sejak penubuhannya sehingga 2012, YBU berjaya mengurangkan kadar kemiskinan tegar di negeri Perak daripada 0.5 peratus kepada 0.2 peratus.

GIFA merupakan antara anugerah paling berprestij dalam industri perkhidmatan kewangan Islam. Anugerah tersebut diberikan kepada individu dan organisasi yang dipilih atas kejayaan serta amalan terbaik dalam sektor kewangan Islam.

Bagi tahun ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dipilih menerima anugerah tertinggi untuk tokoh pemimpin negara manakala Presiden Republik Kazakhstan Nursultan Nazarbayev menerima anugerah bagi ketegori individu.

Majlis penyampaian anugerah tersebut diadakan sebelum pembukaan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-10 yang berlangsung di Pusat Persidangan Madinat Jumeirah, dari 28 hingga 30 Okt ini.

Search

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription

SUARA KAMI


article thumbnailJOSHUA SAM YANGGUS, 23, MAHASISWA KEJURUTERAAN SIVIL Terdapat baik dan buruk dalam pelaksanaan tindakan mahkamah yang dicadangkan oleh pihak kerajaan negeri dan Jabatan Kesihatan, pada pandangan saya. Dari segi impak negatif, kemungkinan perkara ini...

article thumbnail AFFIDA ISHA, 34, PEGAWAI PENGURUSAN MAKLUMAT Ramai di antara kawan-kawan saya yang masih tidak mengendahkan mengenai kadar peningkatan demam denggi kebelakangan ini, lebih menyedihkan ramai kanak-kanak yang bermain di taman permainan terkena...

article thumbnail   OMAR KUTTY, 21, MAHASISWA JURUSAN UNDANG UNDANG Pada pandangan saya, masyarakat sekarang bersikap sambil lewa dan mereka harus diberikan pengajaran dengan tindakan lebih keras. Setahu saya,kerajaan negeri dan pihak penguatkuasaan telah memainkan...
KoleksiSUARA KAMI  
peraknews-twitt