logoperaknews

KEPUTERAAN PERAKNEWS

Australia Larang Visa Untuk Afrika Barat

Australia mengeluarkan larangan menyeluruh ke atas visa daripada negara Afrika Barat yang terjejas dengan wabak Ebola bagi mengelakkannya merebak ke negara ini, kata Menteri Imigresen Scott Morrison.

Dengan larangan terbaru itu, Australia adalah negara maju pertama yang 'menutup pintunya' kepada rantau berkenaan.

Setakat ini Australia belum lagi mempunyai kes Ebola walaupun terdapat beberapa petanda membimbangkan.

Perdana Menteri, Tony Abbott juga beberapa kali sebelum ini menolak permintaan agar negara itu turut menghantar kakitangan perubatan untuk membantu di negara yang dijangkiti penyakit berkenaan.

Keputusan untuk menolak kemasukan oleh mana-mana pihak dari Sierra Leone, Guinea dan Liberia, walaupun dikatakan sebagai keputusan yang perlu sebagai langkah berjaga-jaga, dianggap oleh pakar sebagai bermotif politik dan tidak berfikiran panjang.

Morrison berkata semua visa tidak kekal atau sementara dibatalkan dan pemegang visa kekal yang belum tiba ke Australia dikehendaki menjalani tempoh kuarantin selama 21 hari.

Search

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription

SUARA KAMI


article thumbnailAhmad Rashidi Safri, 28, Peniaga Saya rasa tidak ada salahnya jika pendakwah menggunakan unsur jenaka dan kiasan dalam dakwah beliau kerana kebanyakan anak muda hari ini lebih menggemari pendekatan sebegitu. Kalau kita perhati, ramai di antara...

article thumbnailFarhan Syafiq, 26, Pekerja Swasta Sebagai umat Islam, kita harus sentiasa berpegang kepada ajaran al-Quran itu sendiri dan jangan mentafsir peta kehidupan kita dengan definisi sendiri tanpa memikirkan kesan baik buruknya kepada masyarakat...

article thumbnailRafiuddin Rahim, 25, Bekerja Sendiri Berkenaan dengan teguran kepada pendakwah di Malaysia ini, saya rasa memang ada di sesetengah mereka yang memberikan hujah dengan menggunakan kaedah yang tidak berapa sesuai dengan ajaran agama Islam itu...
KoleksiSUARA KAMI