logoperaknews

banner-hitam

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sejarah telah membuktikan penubuhan parti serpihan tidak mampu bertahan lama.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata perkara itu perlu dijadikan iktibar oleh mana-mana pihak yang bercadang untuk menubuhkan parti politik baharu sebelum ia hanya tinggal nama dalam lipatan sejarah.

"Berdasarkan sejarah yang ada di Malaysia, parti-parti serpihan ini tiada yang bertahan. Contohnya Parti Melayu Semangat 46 dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (HAMIM), semuanya berkubur.

"Kita tidak menghalang (penubuhan parti baharu) cuma kita sebut sejarah supaya boleh dijadikan iktibar. Tetapi kalau mereka rasa yakin, tiada masalah dan bukan kuasa kita untuk menghalang," katanya.

Mohd Amar berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) untuk menubuhkan sebuah parti politik baharu bagi menggantikan PAS dalam pakatan pembangkang.

Dalam pada itu, beliau berkata mana-mana pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti yang berlangsung pada awal bulan ini perlu berjiwa besar dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Search

SUARA KAMI


article thumbnailSharudin Said YDP Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia Negeri Perak Langkah mengadakan bengkel 'brainstorming' amat sesuai untuk membincangkan bersama pembentukan pelan strategik bagi memperkasakan lagi pertubuhan bukan kerajaan di...

article thumbnail  Alexandra Chooi Penolong Setiausaha Kehormat Ipoh City Watch Sekarang ini, setiap NGO melaksanakan peranan masing-masing berasaskan kepada hala tuju sendiri. Dengan adanya Pelan Tindakan Strategik NGO 2015 – 2020, dapat menetapkan hala tuju untuk...

article thumbnailAbdullah Sani Saari AJK Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Perak Usaha kerajaan negeri untuk mewujudkan Pelan Tindakan Strategik NGO Negeri Perak 2015 – 2020 sangat baik kerana ia memberi panduan jelas kepada NGO untuk merangka program yang...
KoleksiSUARA KAMI