logoperaknews

banner-hitam

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan empat yang lain memfailkan permohonan untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengekalkan arahan Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya parti itu mengadakan pemilihan baharu.

Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh memberitahu media hari ini, mahkamah menetapkan 10 Julai untuk mendengar permohonan penangguhan itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad.

Mereka memfailkan permohonan untuk penangguhan itu pada 19 Jun, tiga hari selepas memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi.

Pada 15 Jun, Asmabi menolak permohonan semakan kehakiman itu dan memutuskan RoS hanya memberi pandangan bahawa parti itu perlu menyelesaikan pertikaiannya, bagaimanapun, cadangan untuk mengadakan pemilihan baharu bagi menyelesaikan masalah MIC, sebenarnya datang daripada Palanivel.

Asmabi berkata Palanivel, dalam surat bertarikh 5 Feb 2015, bersetuju untuk menyelesaikan masalah parti dengan mengadakan pemilihan baharu di semua cawangan dan bahagian termasuk jawatan presiden.

Kelima-lima mereka memfailkan dua permohonan berasingan bagi semakan kehakiman untuk mencabar arahan RoS supaya parti itu mengadakan pemilihan baharu.

Permohonan pertama difailkan pada 23 Feb oleh anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC A.K. Ramalingam, 47, yang menamakan RoS dan Ketua Pengarahnya Mohammad Razin Abdullah selaku responden.

Permohonan kedua difailkan pada 24 Feb oleh Palanivel, Naib Presiden MIC Datuk S. Sothinathan dan Datuk S. Balakrishnan, serta bekas Setiausaha Agung MIC A. Prakash Rao.

-- BERNAMA

Search

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription

SUARA KAMI


article thumbnailTan Che Siang, 67 Restoran yang mengamalkan konsep terbuka sudah tentu akan menjadi tempat kepada perkongsian budaya di mana pelanggan yang datang boleh makan dan berbual apa sahaja bersama-sama kaum lain, tanpa mengira fahaman politik atau agama....

article thumbnailMohd Imran Abd Hadi, 26, Pelajar Bagi saya, makanan merupakan antara agen yang berkesan untuk menyatukan rakyat, jadi dengan adanya restoran yang menawarkan kepelbagaian makanan itu, secara tidak langsung ia turut membantu menyatukan rakyat. Ia...

article thumbnailS. Viknesh, 43, Pekerja Swasta Bagi saya, restoran yang terbuka kepada pelbagai kaum perlu diperbanyakkan dan dipraktikkan di negara ini kerana ketika ini hanya kedai mamak sahaja yang terbuka kepada pelbagai kaum. Konsep restoran sebegini bukan...
KoleksiSUARA KAMI