logoperaknews

banner-pertabalan-small

Isteri-isteri wakil rakyat dan pemimpin masyarakat harus menggunakan platform yang tersedia untuk memberikan khidmat yang terbaik dalam usaha bersama-sama membangunkan komuniti di kawasan masing-masing.

Yang Dipertua Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI), Datin Seri Saripah Zulkifli berkata, mereka harus bijak menggunakan peluang untuk menyumbang masa dan tenaga membantu masyarakat yang kurang berkemampuan.

"Inilah masa yang sesuai, tiada lagi masa yang lebih baik kerana satu masa nanti jika suami-suami kita tidak lagi bergelar wakil rakyat, kita sudah tidak mempunyai peluang untuk membantu masyarakat di kawasan kita, baik yang miskin atau yang susah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Program Budi Disanjung, Jasa Dikenang di kediaman Menteri Besar Perak pada petang Selasa.

Saripah berharap peranan wanita sebagai ejen pemangkin pembangunan masyarakat dapat diaplikasikan sepenuhnya, sementara masih lagi bergelar isteri kepada pemimpin komuniti di negeri ini.

Menurut beliau, BAIDURI akan sentiasa menyokong dan bersedia mengadakan kerjasama erat di antara badan-badan bukan kerajaan (NGO), pemimpin Pusat Dalam Komuniti (PDK) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam membimbing jati diri golongan yang memerlukan di negeri ini.

Majlis yang penuh meriah itu turut diadakan untuk meraikan seramai 10 golongan kurang upaya yang berjaya mendaki Gunung Kinabalu pada 14 Oktober tahun lalu.

Selain itu, majlis itu turut memberi penghargaan kepada atlit paralimpik yang berjaya merangkul beberapa pingat dalam Kejohanan Sukan Paralimpik di Terengganu pada tahun lalu.

Search

FeedBurner Subscription

FeedBurner Subscription

SUARA KAMI


article thumbnailPada pandangan saya, keseluruhan spekulasi pembelian tanah Tun Razak Exhange (TRX) oleh Tabung Haji adalah salah satu lencongan politik agar kita beralih perhatian daripada perkara yang sepatutnya di sekitar negara. Setahu saya, simpanan pencarum...

article thumbnailSaya sangat teruja mengenai pertabalan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kerana ianya mencatatkan sejarah bagi Kesultanan Melayu Perak yang sememangnya kaya dengan limpahan adat dan salasilah. Selain itu, Sultan Nazrin bagi pandangan peribadi saya...

article thumbnail  Venkates Rao, 28 - Doktor Sepatutnya ada satu pelan persediaan khusus yang dirancang sebelum mencadangkan perkara sebegini. Memang ada kajian bebas yang dijalankan dan rata-rata mereka tidak bersetuju dengan penguatkuasaan caruman keluar KWSP pada umur...
KoleksiSUARA KAMI